nuffnang

Thursday, October 21, 2010

Ringkasan bacaan waktu tawaf dan doa musafir haji


باجأن وقتو طواف

1

لاَاِلَهَ ِالاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِ وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيئٍ قَدِيرٌ

Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu baginya kekuasaan dan bagiNya kepujian Allah menghidupkan dan mematikan dan Dia di atas sesuatu kekuasaan.

2

اللَّهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ وَنَعُوذُبِكَ مِن شَخَطِكَ وَالنَّارَ

Wahai tuhanku sesungguhnya kami memohon keredhaan dan syurga dan aku berlindung daripada kemurkaanMu dan Neraka


3

اللَّهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ اْلعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِى الدِّينِ وَالدُّنيَا وَالأَّخِرَةِ

Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami pohon dengan Engkau akan keampunan dan kemaafan pada agama, dunia dan akhirat



4

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُلِلَّهِ وَلاَاِلَهَ اِلاَّ اللهَ وَاللهُ أَكْبَرُ, وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيمِ

Maha suci Allah dan puji-pujian bagi Allah dan tiada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Maha Tinggi dan Maha Besar

5

اَللَّهُمَّ اجْعَلْهُ حَجًّا مَبْرُوْرًا وَسَعْيًا مَشْكُوْرًا وَذَنْبًا مَغْفُوْرًا وَعَمَلاً صَالِحًا مَقْبُولاً وَتِجَارَةً لَنْ تَبُوْرَ

Wahai Tuhanku , jadikanlah haji yang diterima, usaha yang dipuji dan dosa yang diampun dan amal soleh yang diterima dan perniagaan yang tidak rugi



6

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ, لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ, اِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ

HambaMu menyambut panggilanMu ya Tuhanku, HambaMu menyambut panggilanMu ya Tuhanku yang tiada sekutu, sesungguhnya kepujian nikmat dan kerahaan adalah kepunyaan Engkau tiada sekutu bagi Engkau


7

اِنَّ الَّذِي فَرَضَ عَلَيْكَ اْلقُرْأَنَ لَرَآدَّكَ اِلَى مَعَادٍ

Sesungguhnya yang memfardukan kepada engkau akan al-Quran itu mengembalikan akan Dikau kepada akhirat


Persediaan Untuk Musafir Haji:

KaabahSebelum musafir untuk mengerjakan Haji bakal jemaah Haji hendaklah melakukan perkara-perkara berikut:

  1. 1. Kembali kepada Allah dengan bertaubat dari segala dosa-dosa.
  2. Mengembalikan hak-hak dan apa yang diambil secara zalim kepada tuan-tuanya.
  3. Jaminan perbelanjaan Haji dari rezeki yang halal lagi baik.
  4. Mempunyai teman yang solih cintakan kepada kebaikan dan boleh membantunya.
  5. Berjanji untuk:
  • Tidak akan melakukan maksiat selama-lamanya.
  • Tetap berpegang dengan sunnah Nabi s.a.w.
  • Ikhlas mengerjakan Haji kerana Allah Taala dan tujuan serta niat hendaklah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.
  • Memberi penumpuan semata-mata untuk beribadat.
  • Tidak berbantah, bergaduh, bertengkar dan sibuk dengan orang ramai.

Perkara-perkara Yang Disunatkan Ketika Musafir Dan Doa-doanya:

  • Orang yang musafir sunat mengucapkan selamat tinggal kepada kaum keluarganya, kawan-kawannya serta kenalan-kenalannya.
  • Orang musafir berkata kepada orang yang dia tinggalkan:

(استودعكم الله الذي لا تضيع ودائعه).

  • Orang yang bermukim pula menjawab kepada orang yang musafir:

(استودع الله دينك وأمانتك وخواتيم عملك، في حفظ الله وكنفه زودك الله التقوى وغفر ذنبك ووجهك للخير حيثما توجهت).

  • Sebelum bertolak dia disunatkan mendirikan sembahyang sunat musafir sebanyak dua rakaat, pada rakaat yang pertama dia membaca (....قل يا أيها الكافرون) dan pada rakaat yang kedua pula dia membaca (....قل هو الله أحد) selepas membaca Al-Fatihah.
  • Selepas selesai sembahyang dia membaca ayat Al-Kursi.
  • Ketika keluar dari rumahnya dia membaca:

(بسم الله، توكلت على الله، لا حول و لا قوة إلا بالله، اللهم إني أعوذُ بكَ أن أَضِلَّ أو أُضلَّ أو أَزِلَّ أو أُزَلَّ، أو أَظلِمَ أو أُُظلَمَ، أو أَجهَلَ أو ُيجهَلَ عَلَيَّ).

  • Kemudian selepas menaiki kenderaan dia bertakbir sebanyak tiga kali:

(الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر)

kemudian dia membaca:

(سبحان الذي سخر لنا هذا و ما كنا له مقرنين و إنا إلى ربنا لمنقلبون، اللهم هون علينا سفرنا هذا و اطوِ عنا بعده، اللهم أنت الصاحب في السفر والخليفة في المال والأهل، اللهم إني أعوذ بك من وعثاء السفر وكآبة المنظر وسوء المنقلب في المال والأهل).

  • Kemudian dia membaca ayat Al-Kursi, surah Al-Ikhlas, surah Al-Masad dan surah An-Nas.

Sunday, October 17, 2010

Sifat marah cermin jiwa tidak tenteram


Sifat marah cermin jiwa tidak tenteram

Atas dasar permintaan seorang sahabat untuk menyiarkan artikal mengenai sifat marah, abiey kongsikan artikal ini. Tulisan Aminuddin mansor ini boleh dihayati dan diambil panduan oleh kita semua.

KITA dituntut bersabar supaya dijauhi daripada ‘rasukan’ kemarahan. Sifat marah yang datang daripada hati mempunyai kaitan dengan keimanan seseorang.
Orang sabar dapat menahan kemarahan dalam saat genting dan sudah tentu mendapat ganjaran di sisi-Nya. Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah." (Hadis riwayat Ibn Majah).

Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Marah boleh merenggangkan hubungan kekeluargaan, begitu juga hubungan persahabatan dan kejiranan kerana perasaan marah menyebabkan kita susah melihat kebaikan orang lain serta hilang sifat lemah-lembut.

Sedangkan kita tahu Allah menyukai sifat lemah-lembut.

Daripada Aisyah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah-lembut dalam setiap perkara." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Mengambil wuduk dan beristighfar dapat mengawal sifat marah. Segala-galanya dapat meruntuhkan tipu daya iblis dan menghancurkan kesesatan yang disuruhnya. Selain itu, memberi penawar hati yang marah dan gundah, sesungguhnya hati tunduk kepada Allah.

Sifat marah juga adalah cerminan kalbu keperibadian jiwa yang tidak tenteram. Oleh itu, kawal jiwa kerohanian supaya hidup sentiasa tenteram, aman dan damai sepanjang masa. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sifat ***** atau jahil itu pokoknya ialah watak kedegilan yang dipimpin oleh sifat marah.

"Sesiapa juga yang dirinya reda dalam keadaan jahil atau *****, maka baginya tidak perlu lagi bersifat toleransi kerani toleransi adalah sifat yang baik dan banyak manfaatnya.

"Kejahilan pula sifat buruk dan mendatangkan banyak mudarat. Oleh itu, lebih baik berdiam diri daripada melayani pertanyaan orang *****." Khaitamah bin Abdul Rahman, seorang ulama tab’in menerangkan bahawa syaitan berkata, "Bagaimana anak Adam dapat mengalahkan aku? Apabila dia rela, nescaya aku datang dan meresap ke dalam hatinya. Apabila dia marah, nescaya aku terbang sehingga berada di atas kepalanya." Mujahid menceritakan bahawa iblis atau syaitan itu berkata, "Aku tidak dapat dilemahkan oleh anak Adam pada tiga perkara:

Apabila seseorang itu mabuk, kami pun pegang talinya lalu kami halau ke mana yang kami kehendaki. Dia bekerja untuk kami menurut apa yang kami sukai.

Dan apabila orang itu marah, dia akan berkata apa yang tidak diketahuinya dan melakukan sesuatu perkara yang disesalinya.

Dia seorang yang lokek terhadap apa juga miliknya dan berangan-angan dengan sesuatu yang ia tidak mampu. Sementara itu, Abdullah bin Mas’ud berkata, "Perhatikan sifat lemah-lembut seseorang ketika marah dan perhatikan sifat amanahnya ketika dia rakus! Pengajaran yang diperoleh daripada sifat lemah-lembutnya apabila dia tidak marah dan dengan sifat amanahnya apabila dia tidak rakus." Diceritakan, Khalifah Umar Abdul Aziz menulis surat kepada wakilnya, "Anda tidak (harus) menjatuhkan hukuman ke atas seseorang ketika anda marah.

"Tahanlah orang itu dulu dan apabila perasaan marah itu sudah tenang, maka keluarkan orang itu dan jatuhkan hukuman mengikut dosanya (kesalahannya) dan anda tidak menghukum lebih daripada lima belas kali sebat." Saidina Umar Al-Khattab dalam pidatonya selalu berkata, “Orang yang beroleh kemenangan ialah orang yang mengawal dirinya daripada kerakusan, hawa nafsu dan kemarahan.” Abdullah al-Mubarak ketika menjawab pertanyaan supaya memberikan kesimpulan mengenai pengertian budi pekerti berkata, "Meninggalkan marah.."Wahab bin Muhaib berkata, "Kufur itu terdiri daripada empat faktor iaitu marah, nafsu syahwat, ***** dan tamak." Kesimpulannya, dalam apa juga keadaan dan situasi, kita sebagai umat Islam mestilah dapat mengawal sifat marah yang boleh merosakkan sesuatu.

AMINUDIN MANSOR

Membentuk peribadi mulia

Cara untuk membentuk peribadi yang unggul dan mulia adalah pelbagai. Namun keperibadian dan kemuliaan yang hendak dibentuk itu mestilah berteraskan syariat. Rasulullah SAW sendiri diutuskan untuk membentuk akhlak dan peribadi umatnya.

Di sini dicadangkan 10 cara untuk membentuk peribadi mulia:

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia

dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu

dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia

menghilangkan maruah diri.


2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah

pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri,

kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak

mengulanginya lagi.


3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah

diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.


4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada

kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan

itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa,

kecuali orang yang mukmin.


5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu

cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan

orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak

di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih

darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara,

pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas

kesalahan.


6. Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat

melahirkan sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang

ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di

tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.


7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri

kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan

lahir sifat tawadhuk, malu, khusyuk, takut, hina dan

lain-lain lagi sifat kehambaan.


8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi

kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.


9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu

adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan

ALLAH, ini adalah hakNYA pula.


10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit

dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan

peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.


sumber: Ibnuatiq (al-bakriah.com)

Saturday, October 16, 2010

Tangani Masalah Anak-anak dengan kaedah Islam

Cara tangani anak degil

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

 

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan.

Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah; Kaedah Pertama: Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain.

Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi. Kaedah Kedua: Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.

8. Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.

Pencegahan Awal Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90%ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini.

Doa tersebut adalah seperti berikut;

Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.

Doa yang tersebut di atas adalah dipetik daripada hadis nabi seperti berikut; Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

"Jika seseorang di antara kamu akan berjimak dengan isterinya kemudian membaca doa ini;

Maka jika Allah SWT mentakdirkan untuk dua orang suami isteri itu memperolehi anak, maka anak itu tidak dapat dimudaratkan atau diganggu oleh syaitan." Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai pencegahan awal bagi mengelakkan zuriat keturunan kita daripada diganggu dengan mudah oleh syaitan.

Sudah menjadi keazaman syaitan untuk menyesatkan umat Islam kepada kekufuran. Syaitan sentiasa bersungguh-sungguh mencari peluang yang ada untuk menggoda dan menghasut keturunan umat Islam supaya melakukan maksiat.

Maksud daripada hadis di atas jelas menunjukkan bahawa ketika pasangan suami-isteri sedang berjimak, syaitan ada bersama-sama untuk masuk ke dalam percantuman benih suami isteri yang akan terjadinya anak kelak.

Sekiranya doa yang tersebut di atas tidak dibaca ketika sedang berjimak, dengan mudah syaitan menjalankan pekerjaannya tanpa ada sebarang halangan. Syaitan akan duduk di benih yang akan terjadinya anak itu sejak dari awal lagi sehinggalah anak tersebut membesar.

Sebab itu anak-anak yang membesar ini sukar di bentuk ke arah membuat perkara-perkara ibadah dan kebaikan.

Mereka lebih cenderung melakukan perkara-perkara maksiat. Bagaimanapun jika doa yang tersebut tidak dibaca ketika berjimak mungkin kerana jahil atau lupa, masih ada lagi ikhtiar iaitu dengan memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak agar syaitan yang mengganggu menyerah kalah.


Written by Ibnuumar Asseluluni ( al-bakriah.com )

Wednesday, October 13, 2010

Bacaan Semasa Tawaf

Assalamu'alaikum wm wbr.

Antara amalan sunat semasa melakukan tawaf ialah membaca doa, membaca al-quran, atau berzikir. Persoalannya di sini ialah apa yang hendak dibaca?

Jawapannya: Para jemaah bebas membaca apa-apa doa atau zikir yang difahaminya. Yang terlebih baik ialah doa-doa yang maa'thur iaitu yang datang daripada Nabi s.a.w. atau pun membaca al-Quran. Malahan tawaf tetap sah kalau kita tidak membaca apa-apa doa pun. Walau bagaimanapun alangkah ruginya kita jika tidak mengambil kesempatan di tempat yang barakah, yang mana Allah s.w.t. menurunkan 60 rahmah kepada orang yang sedang tawaf, tetapi kita tidak berdoa atau berzikir, atau membaca al-quran.

Pihak Tabung Haji (TH) ada mengeluarkan buku panduan doa untuk para jemaah haji / umrah. Doa-doa tersebut sangat bagus jika dapat dihafal dan dibaca semasa melakukan tawaf atau semasa bersai'e. Namun sayugia diingati bahawa doa-doa tersebut bukanlah doa-doa yang dibaca oleh Nabi s.a.w. Oleh yang demikian janganlah ada para jamaah menganggap bahawa membaca doa seperti yang telah disusun oleh pihak TH adalah wajib.

Sukacita saya menyarankan di sini iaitu para jemaah aturlah sendiri doa atau zikir yang hendak dibaca semasa melakukan tawaf. Adalah lebih baik lagi jika kita berdoa atau berzikir dengan doa atau zikir yang lazim kita lakukan seharian. Sebagai contoh:

Pusingan pertama: اَسْتَغْفِرَاللهَ
Pusingan kedua: سُبْحَانَ الله
Pusingan ketiga: اَلْحَمْدُ لِلَّهِ
Pusingan keempat: اللهُ اَكْبَرُ
Pusingan kelima: لاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّبِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
Pusingan keenam: ياَذَالْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ
Pusingan ketujuh: اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحّمَّدٍ

Dalam setiap pusingan, ketika berada di antara rukun Yamani dan rukun Hajar Aswad bacalah:

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Jadi jika kita melazimi zikir-zikir ini maka dengan automatik kita akan tahu sama ada kita telah cukup tawaf 7 keliling atau sebaliknya.

Apa yang dinytakan di atas hanyalah sebagai contoh sahaja. Para jemaah bolehlah susun zikir/doa/ayat quran yang ingin dibaca semasa tawaf. Sebagai contoh, para jemaah boleh juga memabaca zikir harian imam Ghazali yang masyhur itu. Yang penting, jangan dibiarkan tawaf kita itu kosong tanpa apa-apa doa. Alangkah bagusnya kalau kita dapat susun bacaan-bacaan tersebut yang sekali gus dapat mengingatkan kita akan bilangan tawaf yang telah kita lakukan. Jadi dapatlah kita elakkan keraguan atau was-was dalam bilangan tawaf yang telah kita lakukan.


sumber: msaadhamid.blogspot

Tuesday, October 12, 2010

Panduan Haji Lengkap

Untuk mendapat panduan haji lengkap sila lawati laman web di pautan abiey..
di bawah.

Selamat Menjadi Tetamu Allah

Monday, October 11, 2010

Tazkirah 5 Minit :- Selamat Beramal

Tazkirah 5 Minit :- Selamat Beramal

10 Laluan yang bakal dilalui oleh manusia dari dunia sampai akhirat..Bagaimana memudahkannya? ? Amalan di dunia adalah bekalan yang akan di bawa ke akhirat kelak..Wallahua’ lam…

1. Memudahkan laluan menuju ke kubur dengan (amalan dunia)…
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji;
b. Hindarkan perasaan irihati (benci);
c. Jangan terpengaruh dengan emas/ perak (yakni harta benda dunia);
d. Sucikan khada’ hajat dengan istibra (air besar/air kecil).

2. Memudahakan laluan untuk berjumpa Izrail dengan (amalan dunia)…
a. Bersihkan diri dengan betaubat;
b. Gembirakan hati orang2 Mu’min;
c. Bayar semula khada’(hutang) yang tertinggal;
d. Kasih sepenuh hati kepada Allah Ta’ala.

3. Memudahkan laluan untuk bertemu Mungkar & Nakir dengan (amalan
dunia)…
a. Mengucap dua kalimah syahadah;
b. Suka memberi sedekah;
c. Berkata benar;
d. Bersih dan perbaiki hati;

4. Memudahkan laluan memberatkan timbangan pahala dengan (amalan
dunia)…
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat;
b. Sucikan perkataan(yakni lidah) dan pakaian;
c. Bersyukur dengan yang sedikit;
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh Allah.

5. Memudahkan laluan memantapkan bekalan(amalan) dengan (amalan
dunia)…
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia;
b. Pendekkan cita-cita dunia, lebihkan cita-cita akhirat;
c. Banyakkan puji-puji kepada Allah S.W.T;
d. Banyakkan sedekah dan khairat.

6. Memudahkan laluan untuk melalui titian Siratulmustakim dengan
(amalan dunia)…
a. Kasihilah aulia’ Allah Ta’ala;
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa serta hormatilah kepada mereka;
c. Berpengang teguh dengan hukum syara’;
d. Bercakap perkataan-perkataan yang baik sesama makhluk Allah
S.W.T.

7. Memudahkan laluan menjauhkan diri dari Neraka dengan (amalan
dunia)…
a. Banyakkan membaca Al-Quran;
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu;
c. Tinggalkan perkara-perkara yang ma’siat;
d. Jauhkan segala yang haram dan yang dilarang olehNya.

8. Memudahkan laluan untuk memasuki Syurga dengan (amalan dunia)…
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh;
b. Kasihi orang yang salih, serta sesama makhluk yang lain;
c. Kerjakan segala perintah-perintah/ suruhan-suruhan Allah S.W.T
(seperti yang termaktub dalam al-Quran);
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk Allah S.W.T.

9. Memudahkan laluan untuk berjumpa dengan Rasul junjungan, Nabi
Muhammad s.a.w. dengan (amalan dunia)…
a. Kasihilah Rasulullah s.a.w;
b. Tuntutilah yang difardukan oleh Allah;
c. Tuntutilah sunnah Rasulullah s.a.w;
d. Perbanyakkan selawat ke atas junjungan Nabi s.a.w.

10. Memudahkan laluan untuk bertemu Allah S.W.T. dengan (amalan
dunia)…
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah S.W.T;
b. Hindarikan diri dari menderhaka kepada Allah S.W.T;
c. Betulkan dan baikkan i’tiqad kepada Allah S.W.T;
d. Bencikan segala yang diharamkan dan dimurkaiNya.

Mudah bukan? Jadi apa yang ditunggu lagi? Kejarlah segala nikmat-nikmat yang Tuhan berikan; Syurga, pahala berlipat ganda, kemudahan menuju kematian, kemudahan melalui titian sirat, setiap daripada kita pasti mahu tahu siapa Pencipta kita, nah..Tuhan sudah berikan jalan-jalan mudah untuk
bertemu denganNya.. Hanya Tuhan sajalah Yang Maha Mengetahui dan Yang Menentukan segalanya. Sebagai hamba, mohonlah kepadaNya.

Hidup di dunia hanyalah sementara, kumpullah bekalan-bekalan yang perlu dibawa ke akhirat kelak..setiap manusia yang hidup pasti mati, setiap yang mati pasti dihisab amalan-amalannya (kecuali orang-orang yang beriman denganNya).. . bagaimana dengan amalan kita di dunia?
renung-renungkanlah wahai sahabat sekalian… Nasihat menasihati dan ingat mengingatilah sesama manusia, semoga sama-sama mendapat keberkatan dan rahmat dariNya. Amin, amin Ya Robba’l Alamin…

Wallahua’lam. ..
Jazakallah.. .
Wassalamua’laikum. ..