nuffnang

Monday, October 11, 2010

Tazkirah 5 Minit :- Selamat Beramal

Tazkirah 5 Minit :- Selamat Beramal

10 Laluan yang bakal dilalui oleh manusia dari dunia sampai akhirat..Bagaimana memudahkannya? ? Amalan di dunia adalah bekalan yang akan di bawa ke akhirat kelak..Wallahua’ lam…

1. Memudahkan laluan menuju ke kubur dengan (amalan dunia)…
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji;
b. Hindarkan perasaan irihati (benci);
c. Jangan terpengaruh dengan emas/ perak (yakni harta benda dunia);
d. Sucikan khada’ hajat dengan istibra (air besar/air kecil).

2. Memudahakan laluan untuk berjumpa Izrail dengan (amalan dunia)…
a. Bersihkan diri dengan betaubat;
b. Gembirakan hati orang2 Mu’min;
c. Bayar semula khada’(hutang) yang tertinggal;
d. Kasih sepenuh hati kepada Allah Ta’ala.

3. Memudahkan laluan untuk bertemu Mungkar & Nakir dengan (amalan
dunia)…
a. Mengucap dua kalimah syahadah;
b. Suka memberi sedekah;
c. Berkata benar;
d. Bersih dan perbaiki hati;

4. Memudahkan laluan memberatkan timbangan pahala dengan (amalan
dunia)…
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat;
b. Sucikan perkataan(yakni lidah) dan pakaian;
c. Bersyukur dengan yang sedikit;
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh Allah.

5. Memudahkan laluan memantapkan bekalan(amalan) dengan (amalan
dunia)…
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia;
b. Pendekkan cita-cita dunia, lebihkan cita-cita akhirat;
c. Banyakkan puji-puji kepada Allah S.W.T;
d. Banyakkan sedekah dan khairat.

6. Memudahkan laluan untuk melalui titian Siratulmustakim dengan
(amalan dunia)…
a. Kasihilah aulia’ Allah Ta’ala;
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa serta hormatilah kepada mereka;
c. Berpengang teguh dengan hukum syara’;
d. Bercakap perkataan-perkataan yang baik sesama makhluk Allah
S.W.T.

7. Memudahkan laluan menjauhkan diri dari Neraka dengan (amalan
dunia)…
a. Banyakkan membaca Al-Quran;
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu;
c. Tinggalkan perkara-perkara yang ma’siat;
d. Jauhkan segala yang haram dan yang dilarang olehNya.

8. Memudahkan laluan untuk memasuki Syurga dengan (amalan dunia)…
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh;
b. Kasihi orang yang salih, serta sesama makhluk yang lain;
c. Kerjakan segala perintah-perintah/ suruhan-suruhan Allah S.W.T
(seperti yang termaktub dalam al-Quran);
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk Allah S.W.T.

9. Memudahkan laluan untuk berjumpa dengan Rasul junjungan, Nabi
Muhammad s.a.w. dengan (amalan dunia)…
a. Kasihilah Rasulullah s.a.w;
b. Tuntutilah yang difardukan oleh Allah;
c. Tuntutilah sunnah Rasulullah s.a.w;
d. Perbanyakkan selawat ke atas junjungan Nabi s.a.w.

10. Memudahkan laluan untuk bertemu Allah S.W.T. dengan (amalan
dunia)…
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah S.W.T;
b. Hindarikan diri dari menderhaka kepada Allah S.W.T;
c. Betulkan dan baikkan i’tiqad kepada Allah S.W.T;
d. Bencikan segala yang diharamkan dan dimurkaiNya.

Mudah bukan? Jadi apa yang ditunggu lagi? Kejarlah segala nikmat-nikmat yang Tuhan berikan; Syurga, pahala berlipat ganda, kemudahan menuju kematian, kemudahan melalui titian sirat, setiap daripada kita pasti mahu tahu siapa Pencipta kita, nah..Tuhan sudah berikan jalan-jalan mudah untuk
bertemu denganNya.. Hanya Tuhan sajalah Yang Maha Mengetahui dan Yang Menentukan segalanya. Sebagai hamba, mohonlah kepadaNya.

Hidup di dunia hanyalah sementara, kumpullah bekalan-bekalan yang perlu dibawa ke akhirat kelak..setiap manusia yang hidup pasti mati, setiap yang mati pasti dihisab amalan-amalannya (kecuali orang-orang yang beriman denganNya).. . bagaimana dengan amalan kita di dunia?
renung-renungkanlah wahai sahabat sekalian… Nasihat menasihati dan ingat mengingatilah sesama manusia, semoga sama-sama mendapat keberkatan dan rahmat dariNya. Amin, amin Ya Robba’l Alamin…

Wallahua’lam. ..
Jazakallah.. .
Wassalamua’laikum. ..

No comments:

Post a Comment