nuffnang

Saturday, February 28, 2009

Main Tenis Bersama Rakan2

Sabtu-28/02/2009: Padang Tenis SIC

Hari pertama main tenis di padang SIC bersama dengan PK KO cikgu Ramli, Cikgu Zaimi, Cikgu Zulfakar, Cikgu Razi dan Ambo sendiri. Perbincangan dibuat ketika makan-makan kat Food Village ( Chimchum ).

Seawal jam 7.30 pagi kami berada di padang Tenis SIC. Semangat untuk beriadah bagi mengempis dan mengurankan apa yang lebih. Walaupun tak seterrer Nadal, Roger Faderrer atau Andy Roddick.. tapi bolehlah setakat nak mengeluarkan peluh.
Perlawanan PK KO bersama Cikgu Zaimi lawan ngan Cikgu Razi dan Cikgu Zulfakar baik sekali. Walaupun lama tak beraksi skillnya masih tak luput..

Perlawanan kedua antara ambo bersama ngan cikgu zaimi lawan cikgu razi dan zulfakar. Bukan main lagi cikgu Zulfakar tunjuk skill. Tak larat dibuatnya.... Cikgu Zaimi tetap selamba ambik servis kencang zulfakar..

Apapun hari ni menjadi titik permulaan riadah tennis setiap hari sabtu. Nanti bila dah terrer benar, akan dianjurkan perlawanan persahabatan.. bila tu.... tungggggu

Gaya Cikgu Razi dan Cikgu Zulfakar, Team Guru Muzik lawan Team PK KO

Servis dari cikgu Zaimi tak terambil oleh cikgu razi.

PK KO sedang melakukan servis. Sepanjang perlawanan PK KO melakukan servis padu tanpa berbalas sebanyak 8 kali.... tu baru pertama kali main tennis


Yeeeh.. bola mencecah lantai... tak terambil oleh zulfakar..


Servis dari cikgu razi...... Gaya ada seakan2 Nadal tang punggungnya. Cayalah.... Lepas main kami pekena kopi dan roti bakar depan Toyota Bunut Payung.
Minggu depan diharap ada ahli baru yang muncul..






3 comments:

  1. Baguih la tu Abiey..reda kan stress..err..kalori yg d bakar tu diganti dgn berapa lori roti bakar???ahaks!!

    ReplyDelete
  2. dasat tu main tenis sambil pegang kamera. haha!

    ReplyDelete
  3. Sally;
    Tu lah, masa main, rasanya banyak doh kalori terbakar..... tapi bila lepas main.. ganti balikkkkk bebb. Berganda pulakkk, kena telur separuh masak wooooosh.. berpinar bijik mata.

    CJ:
    Ore lain main.. abiey tukang ambik gambar, round kedua baru main..

    ReplyDelete