14 Mac 2009
Kami sekeluarga mengadakan sambutan Hari Lahir untuk anak sulung dan bongsu daun keladi secara sederhana di rumah mak abiey. Anak Sulung Nik Zuhayrah Amalin lahir 13 Mac dan anak bongsu daun keladi Nik Zhafeirah Aeisha lahir 14 Mac. Jadi kami gabungkan menjadikan satu majlis shj. Jimat Budget sikit.
Sambutan dihadiri anak2 sedara yang dekat2 aje.. tak sempat nak panggil sepupu sepapat. Selamat Hari Lahir anak2Ku.. Moga Beroleh kebahagiaan dan kesejahteraan sepanjang hayat. Jadi anak2 yang solehah yeee.
Sebenarnya kami sekeluarga akan menerima seorang lagi tetamu kami. Bini Abiey sedang mengandung anak yang ke lima. ( yang ketiga meninggal dunia ) Harap2 dapat anak lelaki, kesian abiey keseorangan di rumah.
Sedar tak sedar anak2 yang membesar di depan mata dah menjangkau 10 tahun. cepatnya masa berlalu. tak ingat diri ini dah tua... ehh salah "lama", Dek kesibukan dengan urusan harian terlupa pulak menghitung hari2 yang dah berlalu dan berkira2 untuk hari esoknya.. teringat pulak ngan tazkirah yang sellu abiey sampaikan kepada anak2 buah di sekolah.. jagalah lima perkara sebelum datang lima perkara: Sabda Rasulallahi sallahu alaihi wasallam : “ Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara : mudamu sebelum tua, sihatmu sebelum sakit, kayamu sebelum fakir, hidupmu sebelum mati dan waktu lapangmu sebelum sibuk ”.
Ni Untuk Adik, dia tak mahu no 10 sempena dengan kakaknya, jadi nak tak nak kena beli no 5 jugak sempena 5 tahun hari kelahirannya
Posing sebelum upacara memotong kek
Senyummmmm. click... comelnya
Tiga Puteri Abiey... sayang sokmo..
Bersama dengan sepupu2 nya mengabadikan kenangan
Lagi posing sebelum meniup lilin
satu dua tiga tiupppppp, eh ada sorang lagi tumpang tiup..
Potong cepat sayang... orang dah lama tunggu nak makan kek tuh..
Umminya sibuk membahagikan kek untuk tetamu cilik yang hadir.
Majlis yang diadakan hanya untuk kanak2 aje.. jamuan pun hanya beli ayam goreng dan makan ringan sahaja. tak ada mee goreng dan sebagainya..
Majlis yang diadakan hanya untuk kanak2 aje.. jamuan pun hanya beli ayam goreng dan makan ringan sahaja. tak ada mee goreng dan sebagainya..
orang tua dah kenyang dengan kenduri yang diadakan pada hari ni...
Selamat Hari Lahir Sayang....
Moga Menjadi Insan dan Anak yang beriman..
selamat menyambut birthday anak
ReplyDeletedan
selamat menyambut orang baru..
untunglah abiey
bakal 4 orang anak, tapi sambut birthday 3 kali aje..
Selamat hari lahir ya puteri2 Abiey!!!yumm..yumm..sedapnye nampak kek tuh..
ReplyDeleteSelamat hari lahir..mudah-mudahan menjadi anak-anak yang membahagiakan ibubapanya..
ReplyDeleteAnok tino blaker dehh..comey-lotey..mudah-mudahan yang bakal lahir ni lelaki..tapi kalau takdir Allah perempuan juga,Alhamdulillah..syukur..
Cikgu_mate
ReplyDeleteThanks, sambut kecil2 aje tanda ingat kat anak2. nanti kecik hati pulak..
Teachersally
Nak hantar kuih/kek sally ke KL.. nanti lain kali yee
Pinatbate
Insya Allah.. kalau ade rezeki, Lelaki akan muncul... Mana2 jantina pun tak kisah.. janji amanah Allah dijaga dengan elok, kan gitu..