Tengku Hasbullah Raja Hassan telah selamat melangsungkan akad nikah dengan pasangannya pada malam sebelum majlis bertandang ke rumah isterinya keesokkan harinya.
Majlis berlangsung jam 12.30 tengahari. Kami terpaksa pergi awal kerana takut jalan sesak di jambatan Sultan Yahya Petra.
Di sini ambo abadikan gambar semasa majlis tersebut. Ore kelantan panggil "belarak", Sekadar untuk kenangan keluarga ambo dan sanak saudara yang berkunjung ke laman blog ambo nih.
Bapa Saudara Tengku Hasbullah sedang melayan kerenah cucunya
Abang Tg Hasbullah menuju ke tempat yang terlindung dari sinaran matahari
Sepupu Tg Hasbullah, Noyi.. pemain bolasepak jugak nih.. Anak beranak semua main bolasepak..
Abang Tg Hasbullah, Tengku Hasnan
Pengantin sempat lepak di kedai kopi pekena teh o ais... kelihatan Tg Hazman begitu asyik menghirup air.. legaaaa.
Buka kelab bual di kedai kopi sementara menunggu isyarat dari rumah perempuan
Orang lelaki membawa pulut telur... tak ada perempuan dah kot
Segak yang mana satu pengantin ke atau tukang payung...
Bergambar dengan anak2 sedara.. Payung kuning gitu... Darah diraja katakan
belarak ke rumah pengantin perempuan sambil diiringi dengan selawat yang diketuai oleh ambolah... tak ada orang lagi... ambo pun apa lagi.. belasah ajelah.. janji ada teks....
Menunggu pembawa barangan hantaran
Cantik berseri raja sehari.... bagai pinang dibelah dua..
Senyuman pengantin... Moga berbahagia hingga ke akhir hayat.
nampak macam takut2 aje...
musim ___ bila mau tiba???
ReplyDeleteAbiey,
ReplyDeleteSampaikan Selamat Ulang Tahun untuk anak abiey yang berdua tu. Tahniah untuk yang 'bakal' tu pulak.. hehe
Catz_mafia & zairi z
ReplyDeleteInsya Allah bulan ogos nanti
Sediakan hadiah besar2 ye