nuffnang
Thursday, May 28, 2009
Cuti Bermula
Cikgu2 pun nampak manis muka semuanya. Lebih lagi keterujaannya daripada anak murid. Bagi yang terlibat dengan golden holiday, sama jugak ngan pelajar2 tadi..... masam mencuka. Bagi yang tak beres ngan kertas peperiksaan juga begitu juga.
Jadual yang bakal ditempuhi untuk musim cuti abiey
* Habiskan memeriksa kertas peperiksaan
* Bertugas di padang SIC untuk Sukan MSSM ( Bolasepak)
* Bawa anak jalan2
* Ke Langkawi untuk lawatan Pelajar Asrama
* Kenduri kendara ( lebih dari 15 jemputan )
* dan banyak lagilah..
Wednesday, May 27, 2009
Situasi Peperiksaan MSI
Abiey selalu cabar pelajar abiey... Cuba buat "kejutan dan perkara yang diluar dugaan" supaya sama2 dapat membanggakan maktab yang disayangi ini.
Jadikan maktab sebagai Sekolah Kluster Pertama di negeri Kelantan. Biar gempak dengan kecemerlangan dalam pelbagai segi. jangan gempak ngan kemeruduman prestasi dikalangan sekolah2 kluster.
Suasana di awal peperiksaan. Masing2 menumpukan perhatian dengan membaca soalan yang dikemukakan.
Jawapan yang disediakan oleh salah seorang pelajar
Ni dah tersungkur..... Kertas Bahasa Inggeris 2 dalam buaian dan lenaan
Hanya sekadar hiasan...Tak leh jawab baik tidur...
Bukan semua lentuk... hanya segelintir sahaja.. yang segelintir inilah akan kita benteraskan...
Tuesday, May 26, 2009
Ragam menduduki peperiksaan
masuk je dalam kelas, abiey bahagikan kertas soalan. semua pelajar membelek2 kertas soalan. yang menghairankan ada lagi yang masih terpinga2 ngan kertas soalan
10 minit pertama semua pelajar ok. tak banyak kerenah. terus menjawab soalan. ada dua tiga kerat yang tak tahu nak buat apa. asyik merenung kertas soalan, tak tahulah samada tak tahu nak mula atau tak nak mula langsung.
20 minit seterusnya. ada yang dah mula membuta dan mengisi tabung tahi mata. Selesa sungguh mereka, cikgu bagai nak rak mengajar dan menyediakan soalan, mereka buat tahi mata pulak. Ni yang melemahkan semangat cikgu2 dan mereka hanya ambil sikap sambil lewa sahaja.
1 jam berlalu makin ramai yang terkulai layu dan jatuh tersembam muka kat meja dengan diulit mimpi yang indah. Abiey yang sedang mengawasi cuba membangunkan mereka, aaahh mereka buat tak tahu aje.. Ni yang menguji kesabaran abiey nih...
Masa peperiksaan berlangsung selama 2 jam. satu jam dah dihabiskan dengan jayanya ( tidurlah ) menunggu 1 jm berikutnya. Abiey dah mula meninggikan suara,, bangun dan jawab soalan yang disediakan. Di sini ada yang bangun dan ada yang masih melayan mimpi yang indah
30 minit sebelum tamat peperiksaan...
Abiey mengejutkan lagi pelajar yang tidur. Mereka bangun dan dengan muka yang selamba menanyakan abiey " Dah habis masa ke ustaz?" inilah soalan mereka. mereka bukannya nak menjawab tapi nak keluar awal.
Nilah penyakit yang abiey tempuh. Membaca malas tapi nak markah tinggi. Itulah anak murid abiey ketika mereka menduduki peperiksaan.. bila time peperiksaan dalaman, mereka buat sambil lewa sahaja Hinggakan susah bagi cikgu untuk target mereka.
Bila lepas periksa... belum pun beberapa jam dah tanya bila nak periksa. Bukannya nak tanya soalan yang dijawab sebentar tadi betul ke tidak betul. Nak markah awal dan bila diberi masa menjawab mereka tidur,
Adusssss ,, terimalah apa2 pun.. itulah nasib cikgu dari kini hingga selama2nya.
Saturday, May 23, 2009
Periksa dan Kertas Periksa
kertas periksa. kertas periksa..
Yang membosankan ialah... apa yang diajar tak diluahkan sepatutnya di kertas jawapan.. apakah abiey mengajar hanya seronok sorang saja. hinggakan jawapan yang tak mengembirakan ku..
Form 5 aku berpuas hati jugak. namun form 4 yang satu kelas tuh.... aduhhh... sabar ajelah.
jawapannya merapu sangat.... apalah nasib abiey ni...
Lepas nih kena buat yang terbaik lagilah , agar anak didik abiey tak terlena ngan khayalan masing2.
Tugas sebagai guru yang dikenali sebagai murabbi, muaddib, mualim, dan sebagainya kena ditingkatkan... Inilah guru... Bila pelajar lemah... cari jalan untuk mengatasinya.. bila pelajar berjaya bukannya cikgu ni yang ditonjolkan.... tuisyen...tuisyen...tuisyen...
Saturday, May 16, 2009
Selamat Hari Guru 2009


Thursday, May 14, 2009
Rehat Hujung Minggu
Marah, Murung, Cari ketenangan, berserah kepada yang maha Esa
Perasaan yang disertai dengan satu berita yang mengemparkan
Marah..



Tak ada mood nak buat kerja


Berbisik berseorangan memandang ketenangan permandangan



Berilah petunjuk kepada hambamu ini.. untuk menempuhi segala dugaan yang diterima.
Sesungguhnya padaMulah aku memohon petunjuk dan berharap..
Bukakanlah pintu hati hamba2 mu yang telah memusnahkan maruah sesama muslim..
berikanlah mereka petunjuk...
berikanlah keinsafan. sesungguhnya Engkau berkuasa membalikkan hati setiap hambaMu.

Jauhi fitnah yang besar ini..
jauhi dari segala keaiban...
sesungguhnya aku tidak mampu menanggungnya...
Amin ya Rabbal Aalamin.
Monday, May 11, 2009
Selamat Hari Ibu


Thursday, May 7, 2009
Maaflah diatas segalanya
Abiey telah melakukan satu kesalahan yang besar kepada rakan guruku.. Atas sebab yang remeh aku memarahinya.
Bukannya apa abiey rasa tertekan sangat akhir2 ni.. Sepatutnya abiey kena bersemuka dengannya dan cakap yang elok2 dan menunjukkan keustazanku ini. Kenapa jadi macam ni..
Sebenarnya abiey tak tahan jika dibabitkan kerja yang tak sempurna diletakkan di atas bahu abiey dan rakan2 sepanitia. Rasanya kerja yang dibuat dah ok. may be silap faham sikit. Ketua Panitia abiey tak memberitahu kepada seorang rakan abiey sehinggakan mengganggu pembelajaran rakan setugas yang lain. Pelajarnya keluar kelas menuju ke Masjid untuk menunaikan solat sunat Hajat. sedangkan program tersebut ditunda dan dalam perbincangan dengan PKP yang baru. Pelajar2 biasalah ambil peluang tak mahu belajar dengan alasan menyertai program tadi.
Hari ni... Rakan setugas abiey dengan muka yang sayu bertanya abiey.. takut2 abiey masih marahkannya.. abiey dengan sepontan menjawab, tidak ada apa2 yang hendak dimarahkan.. yang semalam biarlah berlalu.
Hanya sekadar peringatan buat abiey.... latihan sabar hendaklah ditambah lagi. agar ada yang tidak terasa dengan feel kita.
Maafkan abiey ya ckgu TN.
Maaf bebanyak...
Inilah abiey yang naif dan lemah dalam membendung sikap panas baran abiey yang tak menentu.
Monday, May 4, 2009
Himpunan Peristiwea Bulan April 2009 (1)
Himpunan peristiwa bulan April
Video Lagu Puisi
Abiey terlibat secara langsung dalam persembahan pelajar sebagai AJK disiplin.