nuffnang

Thursday, May 7, 2009

Maaflah diatas segalanya

5/5/09

Abiey telah melakukan satu kesalahan yang besar kepada rakan guruku.. Atas sebab yang remeh aku memarahinya.

Bukannya apa abiey rasa tertekan sangat akhir2 ni.. Sepatutnya abiey kena bersemuka dengannya dan cakap yang elok2 dan menunjukkan keustazanku ini. Kenapa jadi macam ni..

Sebenarnya abiey tak tahan jika dibabitkan kerja yang tak sempurna diletakkan di atas bahu abiey dan rakan2 sepanitia. Rasanya kerja yang dibuat dah ok. may be silap faham sikit. Ketua Panitia abiey tak memberitahu kepada seorang rakan abiey sehinggakan mengganggu pembelajaran rakan setugas yang lain. Pelajarnya keluar kelas menuju ke Masjid untuk menunaikan solat sunat Hajat. sedangkan program tersebut ditunda dan dalam perbincangan dengan PKP yang baru. Pelajar2 biasalah ambil peluang tak mahu belajar dengan alasan menyertai program tadi.

Hari ni... Rakan setugas abiey dengan muka yang sayu bertanya abiey.. takut2 abiey masih marahkannya.. abiey dengan sepontan menjawab, tidak ada apa2 yang hendak dimarahkan.. yang semalam biarlah berlalu.
Hanya sekadar peringatan buat abiey.... latihan sabar hendaklah ditambah lagi. agar ada yang tidak terasa dengan feel kita.

Maafkan abiey ya ckgu TN.
Maaf bebanyak...
Inilah abiey yang naif dan lemah dalam membendung sikap panas baran abiey yang tak menentu.

8 comments:

  1. Abiey..bukan kah kita manusia..serba kekurangan..mungkin masa, tempat, perkataan yang diucapkan kpd Abiey masa tu tidak sesuai dan ditambah pula dgn tekanan dlman yg sedia ada..campur pulak bisikan syaitan & iblis..hasilnya perkara yg Abiey lalui pagi tu lah..
    biasalah Abiey..bila kita 'bekerja' kita pasti akan bertemu situasi2 begini..

    ReplyDelete
  2. shinrei
    rileks doh tu... kalu dok naik kaki atas muka

    Sally
    Ok, nanti abiey cuba kawal nafsu amarah ni

    ReplyDelete
  3. Eh.eh ustaz kita ni Sabo,sabo.Itu semua ujian kesabaran tu.Be cool

    ReplyDelete
  4. Abiey,
    Betul tu.. kena belajar sabar skit.. alasan kita manusia biasa tu dah mcam taking for granted pulak untuk kita wat kesalahan..

    Ana pun mengingatkan diri sendiri juga..

    Sama-samalah ek..

    ReplyDelete
  5. biasalah tu.... kita belajar dari kesilapan, walau pun kesilapan tu bukan kesilapan kita !!
    abiey memang sabar...cuma kdg-kdg tu tersilap...kan!!

    ReplyDelete
  6. thank semua..
    Cikgu_sue, Cat_mafia and CM
    Baanyakkan bersabar amalan yang abiey bentuk selama ni... Insya Allah ianya akan berkekalan bertakhta di hati ni.

    ReplyDelete