nuffnang

Tuesday, December 1, 2009

Aku & Tiroid




Sejak bulan Oktober lagi hidup ku tidak seceria dulu.. Setelah aku disahkan menghidap tiroid. Memang lah tanda2 dah rasa sebelum ini tapi aku buat tak tahu aje.. Malas nak g check di klinik. Sebenarnya aku takut menghadapi perkataan yang akan dikeluarkan oleh doktor. Hati mula resah dan rungsing. terkadang perasaan ni cepat memberontak dan cepat marah. yang menjadi mangsa anak2.

Bila abiey mula membaca simptom2 tiroid memang dah ada pada abiey. antara simptomnya:

  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang otot
  • Oesteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut tidak kuat
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walaupun selera naik
  • Lemah


Abiey dah tak leh nak bertahan lagi.. Leher dan mula rasa sukar untuk menelan. Abiey terus ke klinik berbayar dan minta nasihat doktor. Bila diperiksa... SAHHHHHHH abiey terdiam. Dalam hati tuhan saja yang tahu. berpeluh sakan pada masa tersebut, dengan suara yang ketakutan abiey bertanyakan pendapat doktor.. Doktor jawab baik terus dirujuk ke HRPZ2 KB. Abiey pasrah.. temu janji dibuat untuk abiey dan pada 13/12/2009 nanti abiey akan mula menjalani rawatan di HRPZ2KB.
Tak tahu apa selepas nih..
Bagi rakan blooger yang tahu boleh ceritakan sikit pada abiey step by step rawatan tiroid. atau ada ubat2 yang boleh abiey gunakan. Diharap ianya tidak merbahaya dan boleh diubati dengan makan ubat aje. tidak melalui pembedahan. Insya Allah. ( Takut sebenarnya nih )

8 comments:

  1. Salam Abiey,

    tak pe..berserahpdNya..ikhtiarlah secara perubatan..ikutlah nasihat doctor ya..nak bergurau sikit boleh tak??..kalau doktor kata kena 'potong'..'potonnnggg saje laaa'..hehe..jgn marah..nak tenengkan Abiey sebenarnya..Sally dan Is doakan agar semuanya ok ya..

    ReplyDelete
  2. Salam

    Mok sedara dulu pun ado nya'kit nie. Alhamdulillah lepah operation , molek pah koh hari nie.
    Rasonyor doh 15 tahun , dio operation.

    pB doa agar semuonyo ok ....

    ReplyDelete
  3. semoga cepat semuh ye ustaz...

    ReplyDelete
  4. Symptom macam aku kena tapi aku bengkak bawah telinga..operate but bengkak tu dtg balik..
    Skrg Makan biji aprikot\olive + cari maklumat pasal B17.
    Stop pakai diodorant yg ada AC ~aluminium chloride hope betul ejaan ye) + jgn makan daging merah ,ikan ada sisik ,udang,susu..
    Kadang aku belasah je..mana boleh tahan..

    http://b17nitrilosides.blogspot.com/2008/09/kenapa-kita-harus-makan-apricot-kernels.html

    So far alhamdulilah skrg.
    ,d

    http://b17nitrilosides.blogspot.com/2008/09/kenapa-kita-harus-makan-apricot-kernels.html

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbt..=)

    Ustaz..igt sy lg? saya Hafiz..dlu penah jdik cikgu praktikal kt SIC. Ustaz pekaba? dgr cite ustaz kn tiroid..hm ape2 sabar buat ustaZ dan keluarga..semoga ustaz sembuh dan kembali berkerja spt biasa.

    ReplyDelete
  6. Tchersally
    TQ... Dah lama tak buka n3 ni, tak da mood. maaf ye baru reply n3 u all

    pB
    Tq.. Insya Allah akan cuba berubat dan ikut treatment hospital.


    Fly
    Thanks....

    Anonymous
    Cuba cari apa yang dicadangkan. Thanks

    Hafiz..
    Ustaz masih ingat rupa ni.... dah sabar lah ni, tunggu temujanji........ berdebarrrrrrr

    ReplyDelete
  7. hai....hubby saya menghidap tiroid.alhamdullillah dengan pengambilan biovco atau minyak kelapa dara alhamdulliah dia beransur pulih...

    ReplyDelete
  8. tak perlu pegi kedai online je di alamat http://www.biovco.com/.semoga tabah menghadapi dugaan dariNYA.

    ReplyDelete