nuffnang

Tuesday, December 22, 2009

Runtuh dan hilang

Negara hari ini dilanda wabak runtuh dan hilang. Runtuh berlaku di Terengganu manakala hilang berlaku ketika dalam perjalanan menuju ke sungai besi.

Runtuh di Kuala Terengganu yang dikatakan berlaku setelah dua peristiwa sebelum ini. Pertama di stadium, kedua di masjid dan ketiga serta yang terbaru di hentian / terminal Pengangkutan Awam. abiey juga terfikir macamana berlaku keruntuhan ini, adakah kontraktor yang dilantik tidak berkelayakan atau ........... Semua yang berlaku al-hamdulillah tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Hilang....
Abiey biasa dengar kehilangan enjin motosikal yang dilakukan oleh mat2 mata sepet/merah/gian. Tak terlintas pula dibatu jemala abiey nih enjin kapal terbang hilang... kalau enjin kereta hilang bolehlah diterima akal sikit.
Satu hal lagi... kalau motosikal yang kehilangan enjinnya dikebas oleh mat2 gian/sepet/mata merah. Kehilangan enjin kapal terbang angkara sapa... takkanlah mat gian/sepet/mata merah nak kebas jugak...

Di sini abiey bukan nak menjatuh dan memperlekehkan sesiapa. cuma kita kena ingat begitu rapuhnya sistem keselamatan negara kita dan ketidakcaknaan segelintar yang terlibat akan membawa negara kita kepada kehancuran. Kecurian harta kerajaan dan ketidakcanaan dengan keselamatan umum membawa kepada kepincangan di dalam sistem pentadbiran kita. fikirkan......

Apa2 pun Malaysia tetap Negara yang AMAN DAN BERDAULAT.

MALAYSIA BOLEH............

3 comments:

  1. Apa nak buat sudah nasiiibbb,.,.

    ReplyDelete
  2. Tak kan hilang melayu di dunia......

    ReplyDelete
  3. Mobydick
    Nasib yang dicari tuh..
    Melayu maju segala-galanya

    ReplyDelete