Abiey akan sertakan tafsir surah An-Nas dalam laman tazkirah abiey kali ini,
سورة الناس
SURAH AN-NAS
Surah Manusia
Surah (114) - Makkiyah - 6 ayat
بِسْمِ الّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
( ُقل َأعُوُذ بِرَبِّ النَّاسِ ( 1
1. Katakanlah (wahai Muhammad) aku pohon perlindungan pada Tuhan
yang memelihara manusia.
( مَلِكِ النَّاسِ ( 2
2. Yang menguasai (dan memerintah) manusia.
( إَِلهِ النَّاسِ ( 3
3. Tuhan yang disembah manusia.
( مِن شَرِّ اْلوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ ( 4
4. Dari kejahatan (Syaitan) pembisik yang datang dan menghilang.
( الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ ( 5
5. Yang membisik (kejahatan) di dalam dada manusia.
( مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ ( 6
6. Iaitu dari (Syaitan) jin dan manusia.
Dalam surah ini dipohonkan perlindungan pada Tuhan yang
memelihara manusia, yang memerintah manusia dan yang disembah
manusia dan perkara yang dipohon perlindungan ialah kejahatan Syaitan
yang datang dan menghilang iaitu yang membisik kejahatan dalam hati
manusia iaitu dari Syaitan yang tidak nampak dan Syaitan manusia.
Memohon perlindungan pada Tuhan yang memelihara, yang memerintah
dan yang disembah itu bererti menghadirkan sifat-sifat Allah yang Agung
yang dapat menolak segala kejahatan umumnya dan kejahatan Syaitan
pembisik yang datang dan menghilang khususnya.
Ar-Rab ialah sifat Allah yang memelihara, mengasuh, mengarah,
menjaga dan melindung. Al-Malik ialah sifat Allah yang memilik,
memerintah dan mentadbir. Al-Ilaah ialah sifat Allah yang menguasai segala galanya.
Semua sifat-sifat ini berkuasa memberi pertolongan dan kejahatan
yang meresap dalam hati-hati manusia yang tidak mengetahui bagaimana
hendak menolak kejahatan-kejahatan yang tersembunyi itu.
Allah itu adalah pemelihara dan pelindung segala makhluk,
pemerintah segala makhluk dan penguasa segala makhluk, tetapi di sini
Allah disebut khusus sebagai pemelihara dan pelindung manusia,
pemerintah manusia dan Tuhan yang disembah manusia supaya manusia
merasa begitu hampir kepada-Nya dalam detik-detik mencari perlindungan
dan naungan.
Allah telah mengarahkan Rasul-Nya SAW dan sekalian umatnya,
supaya mencari perlindungan dan naungan pada-Nya dengan menghadirkan
pengertian-pengertian dan sifat-sifat tersebut semoga diperlindungkan
mereka dari kejahatan yang sangat halus jejak langkahnya, yang tidak
terdaya ditolakkannya melainkan dengan pertolongan Allah pemerintah dan
penguasa yang Maha Agung, kerana kejahatan yang halus itu menyerang
mereka tanpa disedari.
Mula-mula Allah menyebut sifat Syaitan sebagai:

Kemudian Dia menyebut kerjanya:

Kemudian Dia memperkenalkan hakikatnya:

Tertib susunan ini membangkitkan kesedaran dan perhatian untuk
mengenal hakikat Syaitan pembisik yang datang dan menghilang itu dan
cara-cara ia bekerja melaksanakan kejahatannya sebagai persediaan untuk
menolak dan mengawasi gerak langkahnya. Apabila seseorang itu menyedari
bahawa Syaitan yang tidak nampak itu membisikkan kejahatan dalam hati
manusia secara halus dan tidak dapat dilihat begitu juga apabila ia menyedari
ada manusia yang dapat menyerap ke dalam dada dan menaburkan
kejahatan dalam hati manusia sama seperti Syaitan yang tidak nampak itu,
maka ia akan bersiap sedia untuk mempertahankan dirinya dari kejahatan
itu, kerana ia telah mengetahui tempat persembunyian, pintu dan jalan
masuk (Syaitan-syaitan itu).
Kita tidak mengetahui bagaimana berlangsungnya bisikan Syaitan,
tetapi kita merasakan kesan-kesannya dalam jiwa dan dalam realiti hidup
kita. Kita sedar bahawa pertarungan antara Adam dengan Iblis adalah satu
pertarungan yang amat lama. Kita sedar bahawa Syaitan telah
mengisytiharkan perang berterusan, iaitu satu perisytiharan yang lahir dari
tabiat jahat yang ada dalam dirinya, dan lahir dari sifat-sifat angkuh, hasad
dengki dan dendam kesumatnya terhadap manusia.
Kita sedar Syaitan telah meminta kebenaran dari Allah untuk memerangi
manusia, dan permintaannya itu telah diluluskan Allah kerana suatu hikmat
yang diketahui-Nya. Walau bagaimanapun Allah tidak membiarkan manusia
mengharungi perjuangan itu tanpa senjata, malah Dia telah menjadikan
keimanan sebagai perisai untuk mereka, zikir sebagai kelengkapan perang
dan doa memohon perlindungan sebagai senjata. Andainya manusia itu
lupakan perisai, kelengkapan dan alat senjatanya maka dialah sahaja yang
patut disalahkan.
Dari Ibn 'Abbas RA katanya sabda Rasulullah SAW:
"Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut
Allah ia akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai ia akan membisikkan
kejahatan."
Mengenai penggoda-penggoda dari kalangan manusia pula kita
memang mengetahui dan mengenali banyak dari hasutan-hasutan dan
bisikan-bisikan mereka yang jahat, malah kita tahu bahawa di antara hasutan
dan bisikan jahat manusia itu ada yang lebih buruk daripada hasutan dan
bisikan Syaitan. Mereka terdiri daripada: Teman-teman jahat yang
menaburkan kejahatan ke dalam hati dan akal kawannya tanpa disedari dan
diawasi olehnya kerana ia teman yang dipercayainya.
Pemagar-pemagar yang mengelilingi pembesar-pembesar yang
membisikkan fikiran-fikiran yang jahat kepada mereka sehingga mereka
bertindak ganas dan zalim terhadap rakyat jelata negerinya. Tukang-tukang
umpat dan fitnah yang pandai bermadah dengan kata-kata yang begitu indah
dan licin hingga apa yang dikatakannya itu kelihatan seolah-olah amat benar
dan tidak dapat dipertikaikan lagi. Penjual-penjual nafsu yang masuk dari
pintu-pintu naluri dengan gaya yang amat menarik yang tidak dapat ditolak
melainkan dengan kesedaran hati nurani dan pertolongan dari Allah.
Di sana terdapat berpuluh-puluh jenis pembisik kejahatan yang datang
dan menghilang, yang membuat perangkap-perangkap kejahatan dan
menyeludupkannya ke dalam hati manusia. Mereka adalah lebih jahat
daripada Syaitan-syaitan yang tidak nampak dan lebih halus daripada jejak
langkahnya. Manusia memang tidak berupaya untuk menolak bisikanbisikan
kejahatan yang halus, kerana itu Allah menunjukkan perisai dan alatalat
senjata kepada mereka supaya mereka dapat menempuh pertarungan
yang dahsyat itu.
Syaitan pembisik itu telah disifatkan dengan kelakuan "datang dan
menghilang" ini adalah satu isyarat yang mengandung tujuan, kerana dari
satu segi sifat itu menunjukkan bahawa kelakuan Syaitan itu lebih suka
bersembunyi dan menunggu peluang. Andainya terbuka ia akan meresap
masuk perlahan-lahan membisikkan kejahatan-kejahatannya, dan dari satu
segi yang lain pula menunjukkan satu kelemahan Syaitan apabila berdepan
dengan mereka yang sedar dan siap-siaga mengawal pintu hatinya. Oleh
sebab itu semua pembisik-pembisik kejahatan sama ada dari Syaitan yang
tidak nampak atau dari Syaitan-syaitan manusia apabila dilawan mereka
akan berundur menyembunyikan diri sebagaimana yang digambarkan oleh
Rasulullah SAW,
"Apabila manusia menyebut nama Allah, ia akan mengundurkan dirinya dan apabila
manusia lalai, ia akan membisikkan kejahatan."
Isyarat ini boleh menguatkan hati seseorang untuk menghadapi
Syaitan pembisik kejahatan, kerana ia bersifat datang dan menghilang iaitu
bersifat lemah apabila ia berdepan dengan alat senjata orang mu'min di
medan pertempuran. Dan satu segi yang lain pertarungan dengan Syaitan
merupakan satu pertarungan lanjut yang tidak akan tamat. Syaitan selamalamanya
menunggu peluang untuk menyerang manusia pada saat-saat
kelalaian, dan pertarungan itu akan terus meletus sekali kalah dan sekali
menang hingga sampai kepada hari Qiamat sebagaimana yang digambarkan
di berbagai-bagai tempat dalam al-Qur'an di antaranya ialah gambaran yang
menarik dalam surah al-Isra' yang berikut:
وَإِذْ ُقْلنَا لِلْمَلآئِكةِ اسْجُدُوْا لآدَمَ َفسَجَدُوْا َإلاَّ إِبْلِيسَ قَال َأَأسْجُدُ لِمَنْ خََلقْتَ طِينًا
(61)
61. "Dan (kenangilah) ketika Kami berfirman kepada para Malaikat,
Sujudlah kamu kepada Adam, lalu mereka sekalian pun sujud kecuali
Iblis, ia berkata: Adakah wajar aku sujud kepada orang yang telah Engkau
ciptakannya daripada tanah?"
قَال َأرََأيْتَكَ هَذا الَّذِي َ كرَّمْتَ عََليَّ َلئِنْ َأخَّرْتَنِ إَِلى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لأَحْتَنِكنَّ ُذرِّيَّتَهُ َإلاَّ
( َقلِيلا ً
( 62
62. Dia berkata lagi, "Terangkanlah inikah orangnya yang telah Engkau
muliakannya lebih daripadaku? Sesungguhnya jika dapat Engkau
memberi tempoh kepadaku sehingga hari qiamat nescaya akan ku sesatkan
zuriatnya kecuali sebahagian yang kecil."
( قَا َ ل ا ْ ذهَبْ َفمَن تَبِعَكَ مِنْهُمْ َفإِنَّ جَهَنَّمَ جَزَآؤُُ كمْ جَزَاء مَّوُْفورًا ( 63
63. Lalu Allah menjawab: "Baik pergilah! Sesiapa daripada mereka yang
mengikut engkau, maka neraka Jahannamlah balasan yang sungguh padan
untuk kamu."
وَاسْتَفزِزْ مَنِ اسْتَطعْتَ مِنْهُمْ بِصَوْتِكَ وََأجْلِبْ عََليْهِم بِخَيْلِكَ وَرَجِلِكَ وَشَارِ ْ كهُمْ
فِي الأَمْوَالِ وَالأَوْلادِ وَعِدْهُمْ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَا ُ ن إِلاَّ ُ غرُورًا ( 64
64. "Dan kejutkan dengan suaramu sesiapa sahaja daripada mereka yang
dapat engkau lakukan, dan kerahkan angkatan berkudamu dan
kerahkanlah angkatan jalan kakimu untuk menyerang mereka, dan
berkongsilah harta-benda dan anak-pinak dengan mereka dan kemukakan
janji-janjimu kepada mereka, dan sebenarnya tiada apa yang dijanjikan
Syaitan kepada mereka melainkan hanya tipu daya sahaja."
( إِنَّ عِبَادِي َليْسَ َلكَ عََليْهِمْ سُلْطَا ٌ ن وَ َ كَفى بِرَبِّكَ وَكِيلا ( 65
65. "Sesungguhnya engkau tidak mempunyai kuasa untuk menguasai
hamba-hamba kesayangan-Ku, dan cukuplah Tuhanmu itu menjadi
penjaga."
Inilah gambaran perjuangan dan motif-motifnya yang jahat sama ada
perjuangan secara langsung dari Syaitan atau perjuangan melalui manusiamanusia
yang menjadi agen-agennya, dan dalam perjuangan itu manusia
akan tetap merasa ia tidak terus kalah, kerana Tuhan yang memelihara dan
menguasainya dan Tuhan yang disembahnya itu tetap berkuasa di atas
seluruh makhluk-Nya. Walaupun Allah membenarkan Iblis melancarkan
peperangan menentang manusia, tetapi Dia tetap menguasai Iblis itu. Dia
hanya membiarkan Syaitan itu menakluk orang-orang yang lalai dari Tuhan
mereka sahaja, sedangkan orang-orang yang mengingati Allah akan
terselamat daripada kejahatan dan bisikan Syaitan yang halus: Kini jelaslah
bahawa kebaikan itu haruslah bersandar kepada kekuatan dan hakikat Ilahi
yang sejati yang tiada kekuatan dan hakikat yang lain daripadanya dan
pastilah bersandar kepada Allah Tuhan yang memelihara, Tuhan yang
memerintah dan Tuhan yang disembah, sedangkan kejahatan pula bersandar
kepada bisikan Iblis yang datang dan menghilang, yang lemah apabila
ditentang, yang mundur ke belakang apabila ditempur dan yang tewas di
hadapan perlindungan dan naungan Allah.
Ini adalah satu kefahaman hakikat kebaikan dan kejahatan yang paling
sempurna di samping merupakan sebaik-baik kefahaman yang dapat
memelihara hati daripada kekalahan dan mengisikannya dengan bekalan
kekuatan, kepercayaan dan keyakinan. Alhamdulillah awal dan akhir. Pada
Allah keyakinan dan Taufik. Dialah Tuhan yang dipohon pertolongan dan
Dialah Tuhan yang Maha Penolong

No comments:
Post a Comment