Teringat lagu lama :
Bulan haji.. telah tiba lagi... menunaikan ibadat... panggilan Baitullah...
Sekarang bermula perjalanan tetamu Allah menuju ke Tanah Haram bagi menyempurnakan rukun Islam kelima.. Abiey mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji buat rakan-rakan yang akan menjadi tetamu Allah seperti Pak Man Laksam, Cikgu Anuar, Cikgu Dalyana, Cikgu Pendi dan isteri ( SMK Sering ) dan rakan-rakan yang tak tersebut di dalam blog ini. Abiey doakan kalian akan dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna dan mendapat haji mabrur.
Insya Allah abiey juga akan menyusul jika diberi ruang dan kesempatan oleh Allah.. Menjadi tetamu Allah adalah satu impian setiap insan muslim. Seluruh manusia yang bergelar Muslim akan bercita-cita untuk menjadi tetamu Allah dan melaksanakan rukun Islam yang kelima ini.
Menurut Harian Metro Jumaat 8 Oktober seramai 26,000 orang jemaah haji Malaysia berpeluang menjadi tetamu Allah. Sekali lagi abiey ucapkan kepada kenalan dan semua yang bakal bergelar Haji dan Hajjah "Selamat menngerjakan Haji dan mendapat Haji Mabrur"
Kepada sahabat yang belum tersenarai namanya tu... bersabarlah.. Insya Allah akan berpeluang dilain tahun jika dipanjangkan umur.
Hadis Rasulullah SAW:" Dari umrah ke umrah adalah penghapus dosa di antara kedua-duanya. Dan Haji Mabrur ada balasannya iaitu syurga" Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Salam Abiey,
ReplyDeleteSebutlah nama Pak Nidus sekali, manalah tahu kot2 berkat doa Abiey dapat menjadi tamu Allah tahun ni....
nidus2:
ReplyDeleteBukan tak mau sebut, takut terasa hati sebut sahabat yang tak dapat pergi ke sana. baik guna kata ganti nama umum.... betul kan
Insya Allah Pak Nidus:
ReplyDeleteKalau Allah mahukan Pak Nidus jadi tetamunya pada tahun ni.... Allah akan jemput juga...
berdoalah banyak2 dan abiey pun titipkan juga doa untuk pak nidus agar ada peluang dan tempat untuk pak nidus Insya Allah