nuffnang

Friday, May 4, 2012

Jawapan Modul Ting 4 Akidah: Dosa-dosa Besar


Bahagian Akidah

Tajuk: Dosa-Dosa Yang Membawa Kemungkaran Allah

Pengertian Dosa
-          Balasan buruk kerana melakukan larangan Allah dan meninggalkan perintah-Nya

Pembahagian Dosa
i.                     Dosa Kecil
Maksud: Kesalahan yang tidak dikenakan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat
Contoh: Melihat aurat bukan mahram dan menyentuh al-Quran tanpa wudu’
Jenis hukuman: Tidak ditentukan didunia
Cara Hapus Dosa: Melakukan ibadat wajib dan memperbanyakkan ibadah sunat
Akibat: Jika dilakukan berterusan, akan menjadi dosa besar

ii.                   Dosa Besar
Maksud: Kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat
Contoh: Minum arak, zina dan mengumpat
Jenis hukuman: Qisas, Hudud dan takzir
Cara Hapus Dosa: Bertaubat nasuha
Akibat: Jika dilakukan berterusan akan terbatal iman dan diseksa di akhirat.

Dorongan manusia melakukan dosa
-          Terlalu mengikut hawa nafsu
-          Kurang penghayatan agama dalam diri
-          Memandang ringan dengan peringatan azab Allah
-          Terpengaruh dengan keseronokan dan kemewahan hidup
-          Terpengaruh dengan sikap kawan yang jahat.

Contoh Dosa Besar yang mesti dijauhi
i.         Menghina dan menderhaka kepada kedua ibu bapa
ii.       Menipu dan berbohong
iii.      Mencuri dan merompak
iv.     Makan harta anak yatim
v.       Minum arak dan berzina

UNIT 1
Dosa-Dosa Besar Yang Mesti Dijauhi

Derhaka kepada ke dua ibu bapa

Maksud menghina dan menderhaka:
-          Melakukan sesuatu perkara atau tindakan yang boleh mendatangkan kesusahan dan penyeksaan kepada kedua ibubapa samada dari segi fizikal dan juga perasaan

Sebab anak perlu buat baik kepada kedua ibu bapa
-          Mereka melahirkan kita ke dunia ini
-          Mereka mengorbankan kepentingan diri demi anak-anak
-          Mereka telah membesar dan mendidik kita dengan baik
-          Mereka telah menyediakan segala keperluan kepada kita
-          Mereka adalah orang yang paling banyak nerjasa kepada kita

Cara berbuat baik kepada kedua ibu bapa
-          Bercakap lemah lembut dengan mereka
-          Mendengar nasihat dan tunjuk ajar
-          Menghormati mereka setiap masa
-          Menjaga mereka apabila mereka sakit
-          Sabar dengan kerenah mereka
-          Berdoa kepada mereka sekiranya mereka telah tiada
-          Menunaikan wasiat mereka

Balasan  Allah terhadap anak yang derhaka
-          Menanggung kesusahan hidup di dunia dan di akhirat
-          Tidak mendapat rahmat daripada Allah
-          Terputus rezeki daripada Allah
-          Akan mendapat azab di akhirat kelak
-          Tidak dapat mencium bau syurga lebih-lebih lagi untuk memasukinya

Tanggungjawab anak terhadap ibubapa yang telah meninggal dunia
-          Mendoakan mereka
-          Menunaikan wasiat mereka
-          Membayar segala hutang mereka
-          Berbuat baik dengan rakan taulan mereka
-          Merapatkan hubungan dengan sahabat mereka

Menipu dan berbohong

Maksud menipu dan berbohong
-          Melakukan sesuatu untuk mendapat kepentingan diri atau memudharatkan orang lain

Contoh menipu dalam perbuatan dan percakapan
-          Perbuatan: Memalsukan dokumen, mencampurkan buah yang baik dengan buah yang tak elok
-          Percakapan: Bercakap tidak benar, Memalsukan fakta dan maklumat yang menyusahkan orang lain.

Kesan menipu terhadap individu dan masyarakat
-          Melahirkan individu yang mementingkan diri sendiri dan tidak amanah
-          Menjatuhkan maruah diri
-          Menimbulkan permusuhan dalam masyarakat
-          Melahirkan masyarakat yang tidak bermoral
-          Memutuskan ikatan silaturrahim dan melahirkan perasaan curiga antara satu sama lain.

Mencuri dan Merompak

Maksud Mencuri:
-          Mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan ditempat simpanannya tanpa izin
Maksud Merompak:
-          Mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan di tempat simpanannya tanpa izin

Hukuman bagi dosa yang dilakukan
-          Membunuh        : dibunuh balas
-          Mencuri               : Dipotong tangan
-          Membunuh dan merampas: disalib
-          Merampas          : dipotong tangan dan kaki secara bersilang
-          Menganggu ketenteraman awam: dibuang negeri

Syarat pencuri dikenakan hukuman potong tangan
-          Sempurna akal
-          Kecurian itu niat melakukan jenayah
-          Harta yang dicuri cukup nisab/kadar tertentu
-          Kemahuan sendiri
-          Barang dicuri disimpan di tempat yang selamat

Kesan mencuri dan merompak
-          Masyarakat akan berasa tidak tenteram
-          Kehidupan seharian terganggu
-          Keadaan negara tidak stabil
-          Hilang kepercayaan orang lain terhadap dirinya
-          Dipandang hina oleh masyarakat

Hikmat /rasional dikenakan hukuman potong tangan:
-          Untuk memberi balasan yang setimpal kepada pencuri
-          Untuk menjaga dan menjamin keselamatan harta benda orang awam
-          Merupakan cara terbaik  untuk membasmi jenayah dalam masyarakat
-          Memberi pengajaran dan iktibar  yang mengerikan kepada penjenayah.

Riba

Maksud:
-          Faedah atau pertambahan bayaran dalam uusan pinjaman, hutang pertukaran makanan sejenis dan juga mata wang

Jenis Riba
-          Al-Fadl: iaitu pertambahan yang diperolehi melalui pertukaran barang yang sama sepertinya.
Contoh: beras lama dengan beras baru

-          Al-Nasi’ah: iaitu pertambahan yang diperoleh kerana menangguhkan tempoh bayaran
Contoh: berhutang RM300 bayar RM350 kerana tangguh waktu bayar

Hikmat diharamkan riba
-           Untuk membenteras kezaliman dan penindasan sesama manusia
-          Untuk mewujudkan keadilan dan kestabilan ekonomi masyarakat
-          Dapat mengecilkan jurang antara kehidupan orang kaya dengan orang miskin
-          Mengikis sikap mementingkan diri  tanpa mempedulikan orang lain


Makan Harta anak Yatim

Maksud anak yatim
-          Kanak-kanak yang kematian bapa sebelum mencapai umur baligh.
Maksud makan harta anak yatim
-          Menggunakan harta anak yatim yang belum balighuntuk kegunaan sendiri bukan untuk keperluan anak yatim

Tanggungjawab orang yang menjaga harta anak yatim
-          Mengeluarkan zakat apabila cukup nisab
-          Menjaga dan memelihara mereka seperti anak sendiri
-          Tidak menyalahgunakan harta tersebut untuk kepentingan diri
-          Menjaga dan mengurus harta mereka sehingga mereka baligh
-          Menyerahkan semula harta mereka setelah mereka mampu menguruskannya sendiri

Masa untuk menyerahkan harta anak yatim
-          Bila anak tersebut baligh
-          Mampu menguruskan sendiri harta mereka

Sebab kita dilarang makan harta anak yatim
-          Mengelak anak yatim hidup miskin, terbiar dan melarat
-          Mengelak berlakunya pergaduhan dan terputus silaturrahim
-          Mengelak perasaan dendam anak yatim terhadap penjaganya
-          Mengelak hak anak yatim sebagai pewaris harta pusaka dicabuli
-          Mengelak anak yatim kehilangan punca pendapatan apabila dewasa.

Lari daripada Medan Perang

Maksud Perang Jihad:
-          Peperangan antara orang Islam dengan orang kafir bagi mempertahankan kesucian agama Islam

Syarat-syarat diwajibkan perang
-          Berakal
-          Baligh
-          Berkemampuan/berkeupayaan
-          Kesucian agama Islam tercabul
-          Diistiharkan perang oleh pemerintah

Kesan Lari Dari Medan Perang
-          Mendapat kemurkaan Allah
-          Dipandang hina oleh masyarakat
-          Umat Islam akan ditindas
-          Memberi peluang kepada musuh menghapuskan umat dan agama Islam
-          Akan dimasukkan ke dalam nerakan jahannam

Mengumpat dan Memfitnah

Maksud Mengumpat:
-          Menceritakan atau mengata keburukan seseorang ketika ketiadaannya yang menyebabkan kemarahan apabila dilakukan dihadapannya
Maksud Memfitnah:
-          Melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti

Kesan buruk mengumpat dan memfitnah
-          Permusuhan dan huru hara
-          Masyarakat Islam akan sentiasa mundur
-          Terputus silaturrahim
-          Menghilangkan perpaduan

Faktor yang mendorong seseorang mengumpat dan memfitnah
-          Ingin melihat orang lain menderita
-          Suka menyatakan kelemahan orang lain
-          Tidak mahu mengakui kelebihan orang lain
-          Iri hati dan dengki dengan kelebihan yang ada pada orang lain.
-          Takut persaingan hidup

Cara mengatasi perbuatan mengumpat dan memfitnah
-          Reda dengan ketentuan Allah
-          Bersyukur dengan kelebihan dan apa yang dimiliki
-          Tingkatkan diri dengan ilmu agama dan amalan soleh
-          Sentiasa bermuhasabah diri
-          Menyedari bahawa orang lain juga akan mengaibkan dan memalukan kita pula


UNIT 2: DOSA-DOSA BESAR YANG MEMBAWA KEHANCURAN UMAT

Minum Arak dan Menagih Dadah

Maksud Arak:
-          Minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal
Maksud Dadah:
-          Sejenis bahan yang boleh mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikir

Hukum Minum Arak dan Hukumannya
-          Haram
-          Disebat 40 kali sebatan

Hikmat pengharaman arak dan penyalahgunaan dadah
-          Menjaga kewarasan akal manusia
-          Menjamin keharmonian keluarga dan masyarakat
-          Membendung kegiatan jenayah seperti mencuri dan berzina
-          Mengekalkan kesihatan fizikal dan mental seseorang
-          Mengelakkan daripada berlakunya pergaduhan dan permusuhan sesama manusia

Langkah pencegahan
-          Mengadakan kempen secara meluas melalui media massa
-          Mengamalkan cara hidup yang sihat
-          Masyarakat hendaklah mengambil berat terhadap ahli keluarga dan masyarakat sekitar

Kesan minum arak dan menagih dadah
-          Membazir harta, masa dan tenaga
-          Menjatuhkan maruah diri dan umat Islam
-          Mengabaikan tanggungjawab keluarga dan masyarakat
-          Terdedah kepada aktiviti jenayah.

Zina

Maksud:
-          Mengadakan persetubuhan haram antara lelaki dengan perempuan tanpa ikatan perkahwinan yang sah

Perbuatan yang mendorong kepada zina
-          Memakai pakaian yang nejolok mata dan menghairahkan
-          Suka membaca dan menonton bahan-bahan yang berunsur lucah
-          Duduk berdua-duaan antara lelaki dengan perempuan di tempat sunyi
-          Mengamalkan pergaulan bebas dan tanpa batasan antara lelaki dengan perempuan
-          Terikut dengan budaya hidup barat
-          Gemar mengunjungi tempat maksiat seperti disko.

Kesan Zina
-          Berlaku kecelaruan nasab ( keturunan )
-          Merendahkan maruah diri dan agama
-          Mengundang bala dan bencana daripada Allah
-          Merebaknya penyakir yang merbahaya
-          Masyarakat akan bermusuhan.

Hukuman kepada penzina
-          Ghairu Muhsan: 100 kali sebatan
-          Muhsan:  Rejam  sampai mati


Qazaf

Maksud
-          Menuduh seseorang yang baik melakukan  zina tanpa dapat membawa empat orang saksi lelaki yang adil

Hukum Qazaf dan Hukumannya
-          Haram
-          80 kali sebatan

Syarat-sayat yang boleh dikenakan hukuman Qazaf
-          Baligh
-          Berakal
-          Mengetahui dengan jelas hukum haramnya  qazaf
-          Melakukannya dengan kemahuan sendiri  dan tidak dipaksa
-          Penuduh tersebut bukan bapa atau datuk kepada yang dituduh

Kesan buruk terhadap mereka yang dituduh berzina
-          Mengalami tekanan jiwa dan perasaan
-          Maruah diri tercemar
-          Memusnahkan masa hadapannya

Liwat dan Mushahaqah

Maksud Liwat:
-          Hubungan sejenis antara lelaki sesama lelaki ( Homoseksual )
Maksud Mushahaqah:
-          Hubungan sejenis anta perempuan sesama perempuan ( Lesbian )

Faktor berlaku liwat dan mushahaqah
-          Terpengaruh dengan budaya luar
-          Kurang pendidikan agama di dalam diri
-          Tiada undang-undang yang tegas menyekatnya
-          Membaca dan melihat bahan-bahan lucah

Akibat perlakuan liwat dan mushahaqah
-          Meruntuhkan institusi rumahtangga
-          Menghidapi pelbagai penyakit
-          Mendapat azab di akhirat kelak
-          Dipandang hina oleh masyarakat
-          Mencemar maruah diri dan agama.


Membunuh Diri

Maksud:
-          Melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh dari jasad sendiri

Hukum membunuh diri
-          Haram

Faktor seseorang membunuh diri
-          Berputus asa dengan rahmat Allah
-          Tidak menyakini adanya kehidupan hari akhirat
-          Merasai hidup ini penuh dengan sengsara dan derita
-          Tidak sanggup menghadapi kegagalan dan penderitaan hidup
-          Menganggap dan menyakini membunuh diri dapat menamatkan penderitaan.

Cara mengatasi perbuatan membunuh diri
-          Yakin dengan rahmat Allah
-          Menyedari bahawa nyawa adalah milik mutlak Allah
-          Berusaha memajukan diri berlandaskan ajaran Islam yang sebenar
-          Mengatur kehidupan berpandukan al-Quran, as-Sunnah dan pemikiran yang waras.

1 comment:

  1. Bagus dan bermafaat sekali araatikelnya Gan,semoga dapat menambah wawaasan dan pengetahuan saudara kita
    Gan, saya minta ijin share info cara mendapatkan uang dari internet klik disini ya Gan https://bit.ly//2wMECYG
    Caranya register terus log in ke area user dan start making money

    ReplyDelete