BAHAGIAN TAMADUN ISLAM ( TOKOH )
TAJUK: IMAM ABU HANIFAH RH
Riwayat Hidup
-
Nama sebenarnya Nukman b Thabit
-
Gelaran: Abu Hanifah
-
Tarikh Lahir:
pada tahun 80 hijrah/699M
-
Tempat lahir: Kota Kufah
-
Keturunan: Farsi disebut juga Ajam
-
Meninggal: Bulan Rejab 150 H/767M diprnjara ketika
berusia 70 tahun
Sebab digelar Abu Hanifah
-
Salah seorang anaknya bernama Hanifah
-
Rajin menulis ilmu ( hadis ) kemana sahaja pergi
akan membawa bekas dakwat ( tinta: bermaksud Hanifah dalam bahasa farsi )
-
Rajin beribadah dan berminat dengan agama ( bahasa
arab disebut Hanif )
Sifat Peribadi
-
Berpegang teguh dengan hukum Allah
-
Rajin berusaha dan bercita-cita tinggi
-
Sering bangun malam, solat sunat dan membaca
al-Quran
-
Suka memberi nasihat
-
Sangat menghormati dan menyayangi guru.
Bukti beliau kuat beribadat
-
Selalu berpuasa di siang hari
-
Bersolat subuh dengan wuduk solat Isyak selama 40
tahun
-
Sering bangun membaca al-Quran
Pendidikan Imam Abu Hanifah
-
Memulakan sesi pengajian semasa masih kecil
-
Mendapat banyak peluang menuntut ilmu sehingga ke
peringkat yang tertinggi
-
Mempelajari pelbagai ilmu terutamanya ilmu
undang-undang Islam
-
Beliau berguru
dengan beberapa orang ulamak yang hidup sezaman dengannya serta beberapa orang
sahabat Nabi Muhammad SAW
-
Diriwayatkan bahawa beliau sempat berguru dan
mempelajari ilmu agama dengan kira-kira 200 guru yang terdiri dari para sahabat
dan tabien
-
Beliau lebih memberi perhatian kepada ilmu Fikah
dan sangat berminat mempelajarinya.
Sumbangan Kepada Tamadun Islam
-
Menjadi seorang ilmuan yang terkenal dan seorang ahli
perniagaan yang berjaya
-
Kebanyakan masanya dihabiskan dengan mengajar di
masjid
-
Ulamak pertama yang menyusun kitab fekah mengikut
bab dan fasal dengan baik dan tersusun
-
Seorang yang amat teliti dalam menentukan hukum berdasarkan
martabat sesuatu hadis
-
Menyusun cara mengeluarkan hukum berdasarkan kaedah-kaedah
tertentu ( kaedah Qias )
Kaedah Imam Abu Hanifah dalam menentukan
hukum
-
Al-Quran
-
As-Sunnah
-
Al-Ijmak
-
Al-Qias
-
Al-Istihsan
-
Al-Uruf
Pengaruh Mazhab Abu Hanifah
-
Aliran mazhab imam Abu hanifah dikenali sebagai
Mazhab Hanafi
-
Sejak ia muncul di Kufah, mazhab ini tersebar
kenegara-negara Islam yang lain
-
Mazhab Hanafi amat berpengaruh di Iraq
-
Menjadi mazhab rasmi kerajaan Uthmaniah ( kerajaan
Bani Umaiyyah )
-
Hingga kini mazhab hanafi masih dianuti dan berpengaruh di Mesir,
syria, Lubnan dan Bosnia.
-
Negara-negara lain juga ialah Albania, India,
Pakistan, China dan Azerbaijan.
Bukti Ketegasan dan Ujian yang dihadapi
oleh Imam Abu Hanifah
-
Sanggup dipenjara kerana menolak jawatan sebagai
jurutulis surat rasmi Kerajaan Bani Umaiyyah
-
Sanggup dipenjara 2 minggu kerana menolak jawatan
sebagai menteri kewangan
-
Sanggup dipenjara dan disebat 110 sebatan kerana
menolak jawatan Qadi
-
Sanggup disebat 100 sebatan kerana menolak jawatan
Hakim di Baghdad
-
Beliau diseksa oleh Khalifah Abu Jaafar al-Mansur
dengan memaksanya meminum air yang berisi racun sehingga beliau meninggal dunia
di penjara
No comments:
Post a Comment