nuffnang

Saturday, March 14, 2009

Musim Kahwin Dah Tiba

12 Rabiulawal 1430 yang lalu, Sepupu bini ambo telah melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya. Sepupu bini ambo merupakan pemain bolasepak KL Plus, adik kepada Pemain Bolasepak Tengku Hazman Raja Hassan.

Tengku Hasbullah Raja Hassan telah selamat melangsungkan akad nikah dengan pasangannya pada malam sebelum majlis bertandang ke rumah isterinya keesokkan harinya.
Majlis berlangsung jam 12.30 tengahari. Kami terpaksa pergi awal kerana takut jalan sesak di jambatan Sultan Yahya Petra.

Di sini ambo abadikan gambar semasa majlis tersebut. Ore kelantan panggil "belarak", Sekadar untuk kenangan keluarga ambo dan sanak saudara yang berkunjung ke laman blog ambo nih.

Adik Ipar Tengku Hasbullah, Tengku Hazwan. Macam YB lagaknya

Bapa Saudara Tengku Hasbullah sedang melayan kerenah cucunya

Abang Tg Hasbullah menuju ke tempat yang terlindung dari sinaran matahari

Sepupu Tg Hasbullah, Noyi.. pemain bolasepak jugak nih.. Anak beranak semua main bolasepak..

Abang Tg Hasbullah, Tengku Hasnan

Pengantin sempat lepak di kedai kopi pekena teh o ais... kelihatan Tg Hazman begitu asyik menghirup air.. legaaaa.


Buka kelab bual di kedai kopi sementara menunggu isyarat dari rumah perempuan


Orang lelaki membawa pulut telur... tak ada perempuan dah kot

Segak yang mana satu pengantin ke atau tukang payung...


Bergambar dengan anak2 sedara.. Payung kuning gitu... Darah diraja katakan


belarak ke rumah pengantin perempuan sambil diiringi dengan selawat yang diketuai oleh ambolah... tak ada orang lagi... ambo pun apa lagi.. belasah ajelah.. janji ada teks....


Menunggu pembawa barangan hantaran

Cantik berseri raja sehari.... bagai pinang dibelah dua..

Senyuman pengantin... Moga berbahagia hingga ke akhir hayat.

nampak macam takut2 aje...

Bergambar bersama dengan keluarga abangnya..


Bersama dengan adiknya..

Bersama dengan adik beradik lelaki

Bersama dengan Tengku Hazman dan keluarga.. Cantik pasangan kembar Tengku Hazman

Abiey dan keluarga tak lepas peluang bergambar bersama pengantin.

Majlis berakhir jam 4.30 petang..
Semoga berbahagia dan ceria dengan keharmonian dan kerukunan rumahtangga hingga ke hujung nyawa..
"SELAMAT PENGANTIN BARU'

3 comments:

  1. Abiey,
    Sampaikan Selamat Ulang Tahun untuk anak abiey yang berdua tu. Tahniah untuk yang 'bakal' tu pulak.. hehe

    ReplyDelete
  2. Catz_mafia & zairi z
    Insya Allah bulan ogos nanti
    Sediakan hadiah besar2 ye

    ReplyDelete