nuffnang

Tuesday, May 26, 2009

Ragam menduduki peperiksaan

First
masuk je dalam kelas, abiey bahagikan kertas soalan. semua pelajar membelek2 kertas soalan. yang menghairankan ada lagi yang masih terpinga2 ngan kertas soalan

10 minit pertama semua pelajar ok. tak banyak kerenah. terus menjawab soalan. ada dua tiga kerat yang tak tahu nak buat apa. asyik merenung kertas soalan, tak tahulah samada tak tahu nak mula atau tak nak mula langsung.

20 minit seterusnya. ada yang dah mula membuta dan mengisi tabung tahi mata. Selesa sungguh mereka, cikgu bagai nak rak mengajar dan menyediakan soalan, mereka buat tahi mata pulak. Ni yang melemahkan semangat cikgu2 dan mereka hanya ambil sikap sambil lewa sahaja.

1 jam berlalu makin ramai yang terkulai layu dan jatuh tersembam muka kat meja dengan diulit mimpi yang indah. Abiey yang sedang mengawasi cuba membangunkan mereka, aaahh mereka buat tak tahu aje.. Ni yang menguji kesabaran abiey nih...

Masa peperiksaan berlangsung selama 2 jam. satu jam dah dihabiskan dengan jayanya ( tidurlah ) menunggu 1 jm berikutnya. Abiey dah mula meninggikan suara,, bangun dan jawab soalan yang disediakan. Di sini ada yang bangun dan ada yang masih melayan mimpi yang indah

30 minit sebelum tamat peperiksaan...
Abiey mengejutkan lagi pelajar yang tidur. Mereka bangun dan dengan muka yang selamba menanyakan abiey " Dah habis masa ke ustaz?" inilah soalan mereka. mereka bukannya nak menjawab tapi nak keluar awal.

Nilah penyakit yang abiey tempuh. Membaca malas tapi nak markah tinggi. Itulah anak murid abiey ketika mereka menduduki peperiksaan.. bila time peperiksaan dalaman, mereka buat sambil lewa sahaja Hinggakan susah bagi cikgu untuk target mereka.

Bila lepas periksa... belum pun beberapa jam dah tanya bila nak periksa. Bukannya nak tanya soalan yang dijawab sebentar tadi betul ke tidak betul. Nak markah awal dan bila diberi masa menjawab mereka tidur,
Adusssss ,, terimalah apa2 pun.. itulah nasib cikgu dari kini hingga selama2nya.

4 comments:

  1. salam abiey..
    diorang tu saja jer buat-buat tidur tak nak jawab..tengoklah periksa betul-betul nanti..diorang score kasi A1 punyaa....

    ReplyDelete
  2. Abiey,
    Biasalah tu.. hehe..

    Saya pun macam tu juga masa student dulu.. kihkih.. Bila dah jadi cikgu ni, macam kena pembalasanlah.. heheh

    ReplyDelete
  3. ustaz., sabar ustaz..
    try ustaz msuk kelas 5S..
    lagi power~
    hehehe..

    ReplyDelete
  4. salam


    banyok banyok bsabarlah.
    budok budok zamae lonni , jenih budok budok hok tok reti susoh.....

    ReplyDelete