PILIHLAH PAS
MOHD FAUZI BIN ABDULLAH
Hari ni merupakan penamaan calon DUN Manik Urai.. Abiey terpanggil untuk menulis tentang pilihanraya kecil DUN manik Urai. Bukan nak bercerita tentang mana2 parti, bukan nak menyokong mana2 parti sebab pada pandangan abiey, kedua2 calon merupakan orang Melayu dan Islam. Cuma dari segi pegangan dan prinsip bergantung kepada individu dan perti yang mereka pilih. Bagi penduduk Manek Urai ( MU ) nak tak nak pun mesti berjiwa keIslaman dan juga keakraban dengan penduduk, itulah yang dipilih. Contoh yang nyata ialah Arwah Pak Su Will. Yang dikenali oleh semua lapisan penduduk. Dengan sifat kecaknaan dan kemesraan dengan penduduk.
Di sini abiey cuba mengupas sedikit senario penduduk MU. Abiey merupakan penduduk Manek Urai ( Keluarga Mertua ) yang sentiasa melihat keadaan dan pertumbuhan aktiviti ekonomi. Rata2 penduduk di sini bekerja sebagai penoreh getah, peneroka dan segelintir yang bekerja sendiri. Bagi generasi kedua yang telah berubah dengan bekerja sebagai pegawai kerajaan dan sebagainya.
Perubahan demi perubahan dapat dilihat dari hari ke sehari. Bukannya untuk mengangkat satu parti tetapi realitinya... kita perlu kepada pembangunan material dan rohani. Biarlah ia selari dan tidak dilihat berat sebelah.
Kepada calon2 yang terlibat dengan pilihanraya ni? Jagalah kebajikan rakyat terutama di MU. Jangan waktu ni sahaja kita menjenguk dan memberi dan sekelian hulubalang negara turun. Selepas ni MU tetap seperti MU yang dahulu. Janji-janji yang ditaburkan biarlah dilunaskan walaupun ditakdirkan kalah dalam pilihanraya ni. MU tetap mahukan pembangunan. Jangan pembangunan hanya sebulan dua nih sahaja.

assalamualaikum ustaz,
ReplyDeleteana A, kawan ustaz juga mengajar di SIC. Ana sebenarnya tak suka sikap ekstrim sesetengah ahli/pemimpim PAS. Namun begitu, ana lagi tak suka ahli/pemimpim UMNO yang katanya memperjuangkan bangsa dan agama, tapi sebenarnya merekalah yang merosakkan agama dan bangsa melayu khususnya. Lihatlah ketamakan terhadap kekayaan dan kekuasaan dalam kalangan orang UMNO. Zaman dulu perjuangan perjuangan UMNO dilandasan yang betul. Sekarang? UMNO sedang menghancurkan bangsa Melayu dan agama Islam. Mereka sepertilah kumpulan Fatah di Palestine. Lihatlah muka-muka pemimpin UMNO sekarang, berapa ramai dari mereka yang nampak ikhlas? Lihat saja pula di sekitar kita...bagaimana bezanya hali UMNO dgn ahli PAS. Oleh itu, marilah kita sama-sama fikir dan pilih untuk kesejahteraan anak kita di masa depan..
pastikan undi kita itu menjadi satu ibadat yang dipertanggungjawabkan di akhirat kelak...
ReplyDeletewallahualam
assalamualaikum ustaz, eh...eh...kenapa pula tiba-tiba sambutan hari guru peringkat negeri berubah tempat dan tarikhnya? kenapa harus ke MU? lihatlah ustaz...betapa UMNO rosak lagi merosakkan...beramai ramai orang? berapa banyak agensi? dan entah 'berapa' lagi harus dikorbankan demi mencapai hasrat untuk menghancurkan bangsa sendiri. Lihat saja di JPN..siapa yang berkuasa? Apakah kerja atau urusan parti lebih utama? Anak bangsa? biarkan sahaja...yang penting kita kaya, kita banyak harta. Ambik apa saja peluang yang ada-buat duit. Wujudkan apa saja dasar yang ada asalkan untung banyak. Kerja? tak payah kerja banyak-banyak,...kita makan duit atas angin sahaja. Biar mampus bangsa dan agama kita tak apa, asalkan kita kaya!!! kita orang UMNO dan kita harus tunjukkan bahawa kita lebih hebat dari orang lain. Biarlah kalau negara kita tergadai kepada bangsa lain-tak ape.... tapi sebelum tu kita mesti dapatkan wang negara dari hasil petroleum dan lain-lain..Bagaimana? alah...kita wujudkan projek-projek yang untuk kepentingan kita. Ustaz, anta sedikit malang kerana berada dalam kalangan mereka menyokong UMNO. Tapi kalau niat ustaz untuk menyedarkan mereka sehingga mereka insaf dan memilih jalan benar-itu kira okey. Ranapkan UMNO!!!
ReplyDeleteanms
ReplyDeleteSaya suka dengan komen yang begitu baik daripada anda.. tapi jangan ingat... dan jangan mengukur seseorang dari segi luaran... ingat prinsip kita tak semestinya sama dengan prinsip orang lain...
Satu prinsip saya ialah untuk mencari keredhaan Ilahi... jangan terpesong akidah.. itu yang menjadi keutamaan
assalamualaikum ustaz,
ReplyDeleteana paham dan akur dengan pendapat ustaz. Kadang-kadang perasaan geram menguasai diri. Tindakan saya mungkin jadi tak rasional. Apabila ustaz menyentuh tentang prinsip, ia sangat menyedarkan saya tentang aliran pemikiran yang berbeza yang Allah kurniakan kepada semua manusia di muka bumi ini. Ustaz benar, setiap perkara yang terjadi ada penjelasannya. Ana mengaku komen ana berat sebelah dan berfikir secara tak begitu rasional. Mungkin ana belum matang dalam pemikiran dan perbezaan prinsip. Ana berdoa agar Allah mengurniakan kepada ana sikap sabar dan tindakan yang lebih adil dan rasional di masa depan. insyaallah.