nuffnang

Thursday, July 23, 2009

Terimakasih Rakan Blooger

Assalamualaikum...
Pertamanya...
Abiey ucapkan terima kasih di atas respon untuk meletakkan nama bakal manak abiey yang akan lahir nanti.. Memang susah jika tak spare awal2 nama nih. nanti bila lahir nak isi terus borang permohonan surat beranak. Dalam Islam sebagusnya letakkan nama pada hari ke tujuh "sunat" bersama dengan majlis akikah atau majlkis "tahnik", Kalau orang kelantan, majlis tahnik biasanya dibuat semasa bercukur. Tapi zaman mutaakhir ni, bukannya dikira sangat dengan syariat Islam... Pakai redah aje.. Abiey seboleh2nya nak ikut sunnah dan ambil pahala sunat.
Hari ketujuh untuk menamakan anak dan juga majlis akikah ada terkandung di dalam hadis Rasulullah:
Rasulullah s.a.w. bersabda :Maksudnya : "Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya".
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata :Maksudnya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak".
Sempena dengan itu juga hendaklah didoakan anak supaya anak dilindungi daripada hasutan syaitan contoh doanya ( maksud doa ) ialah:
Maksudnya : "Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.
Bukannya abiey nak bertazkirah hanya sekadar nak berkongsi dengan sahabat blooger.. Gandingan yang abiey dapati dari teman dan rakan blooger dan masih dalam pertimbangan:
1. Zahirah Imtinan
2. Zuhriyyah Iftinan..

6 comments:

  1. alhamdulillah, bestnya kedua2 nama tue.. anyway, thanks yer singgah ke blog saya..

    ReplyDelete
  2. unggu violet
    Walaikummussalam.
    sama2 meneroka dan mencari kenalan baru. Nak belajar banyak lagi tentang dunia cyber ni

    ReplyDelete
  3. Salam Abiey..semoga KuNa akan melalui detik melahirkan nanti dengan mudah dan selamat kedua2nya ya..

    ReplyDelete
  4. tchersally
    begitulah hendaknya...
    Amiiiiin

    ReplyDelete
  5. salam abiey, info yang bereguna untuk dikongsi bersama..thank u.. semoga segala urusan saudara berjalan dengan lancar..

    ReplyDelete
  6. Abiey,
    Amboi.. sedapnya nama... Ana plak suka nama yang simple2 je..

    ReplyDelete