nuffnang

Thursday, July 30, 2009

Program PAI dan bola sepak

Minggu ni Abiey terlibat sepenuhnya dalam program bengkel Teknik Menjawab Pendidikan Islam SPM dan PMR serta Tasawwur SPM. Program ni berjalan dari 29 hingga 30 Julai 2009.
Abiey hanya ditugaskan sebagai fasilitator untuk kedua-dua kertas PMR dan SPM.
Abiey pun bukan mahir sangat tentang hal2 ni.. cuma dahulu terlibat sikit dengan penggubalan soalan peperiksaan LPM di Kuching Sarawak. Pengalaman memeriksa kertas tak ada... malas rasanya nak mengadap kertas peperiksaan.
OKlah... nanti abiey masukkan gambar peserta program.
Program seterusnya bolasepak bawah 14 tahun SIC. Abiey sebagai pengurus pasukan dan kejohanan ini berlangsung di SMK Teknik Tanah Merah bermula 30 hingga 1 Ogos. Bermaknanya hujung minggu ni tak ada kat rumah lagilah. Minggu lepas abiey terlibat dengan bolasepak premier cup di Besut Terengganu. Bini pun dah asyik mengomel doh... buku anak2 tak sempat belek.
Lepas ni kena berentilah... bini pun dah sarat doh tunggu hari nak bersalin..
Doa2kanlah untuk abiey dan keluarga ya...

2 comments: